Bukit Aman, 1 Mac 2012 – Y.Bhg
Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama
delegasi telah membuat satu kunjungan hormat kepada YDH Tan Sri Hj
Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara pada pagi ini.
Kunjungan
ini telah dibuat di Bilik Perbincangan Tingkat 31, Menara 1, Bukit
Aman. Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai peningkatan
pencegahan jenayah dalam negeri Melaka serta menjadikan Melaka sebagai
Bandar Selamat sekaligus menaikkan lagi sektor industri pelancongan.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah En. Zainal Abu sebagai wakil Y.Bhg Datuk Bandar negeri Melaka.
Bilik Perbincangan Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.
Y.Bhg Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka menandatangani buku lawatan.
YDH
Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Datuk
Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Rombongan delegasi bergambar kenangan bersama YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
Jurufoto & Wartawan : L/Kpl Aslam