Menu

PDRM PRIHATIN

8 March, Kuala Lumpur - Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam di Kuarters Kakitangan Awam, Jalan Belfields, Kg. Attap, tengahari tadi.

Atas keprihatinan PDRM, semua 8 keluarga yang terlibat akan dipindahkan sementara ke unit perumahan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).

Ucapan takziah juga disampaikan oleh Tan Sri Haji Ismail kepada keluarga Allahyarham Adik Raja Mohd. Irfan bin Raja Hazlan, 13 tahun yang ditemui tertimbus dalam insiden tersebut. Al Fatihah.



dari kiri.. YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan), YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.  


YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara semasa majlis penyampaian sumbangan.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh.









Jurufoto   : L/kpl Raymond
Berita   : Siti Fatimah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS