Rawang, 13 Mac 2012 - "Sebagaimana yang kita tahu bahawa istilah "PERKEP" itu sendiri adalah singkatan kepada Persatuan Keluarga Polis. Justeru itu, tujuan dan matlamat utama penubuhan PERKEP adalah berhalatujukan kepada kesejahteraan keluarga polis. Kita juga turut terpanggil untuk sama-sama berusaha dan membantu melahirkan keluarga atau anak-anak PDRM yang juga 'Kelas Pertama' dan atas dasar itulah program seumpama ini kita anjurkan," ujar Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia sempena Majlis Penutupan Seminar Motivasi Pelajar 'Kaedah Neuro Linguistic Progaramming' (NLP) di Auditorium 1, PULAPOL, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, hari ini.
Program ini dihadiri seramai 137 peserta yang terdiri daripada anak-anak PDRM yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun di mana 87 peserta lelaki dan 50 peserta perempuan yang mewakili semua kontinjen di Semenanjung Malaysia.
Seminar motivasi pelajar seperti ini merupakan program julung-julung kali diadakan dengan gabungan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Bukit Aman dengan PERKEP Malaysia dan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negari dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) selaku Biro Pendidikan.
Secara umumnya, program motivasi ini mendedahkan kepada pelajar dengan kaedah pengalaman ilmu NLP yang agak berbeza dan unik berbanding dengan program motivasi yang lain serta dijamin keberkesanannya.
Program motivasi ini juga merupakan salah satu usaha yang boleh diberikan oleh PERKEP Malaysia dalam membantu para ibubapa yang lahiriahnya agak terhad dalam meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka ekoran mempunyai komitmen kerja yang tinggi.
"Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibubapa peserta seminar kerana telah sudi melapangkan masa, ini menunjukkan bahawa walau sesibuk mana sekalipun kita tetap berusaha juga untuk mencari ruang dalam memberikan sokongan moral kepada pengajuran majlis PERKEP bagi anak-anak ini yang merupakan anugerah dan harta yang tidak ternilai tingginya bagi kita semua," akhiri beliau.
Turut hadir, Y.Bhg Datin Sri Imran bt. Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Datin Wira Puziah bt. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA merangkap Pengerusi Biro Pendidikan PERKEP Malaysia, YDH SAC Dato' Zaleha bt. Abdul Rahman, Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, Encik Jasmi bin Bahrin, wakil Al-Hamra Management & Consultancy Services, pegawai-pegawai kanan polis, ibubapa-ibubapa serta peserta-peserta seminar.
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia...
Antara barisan kehormat di atas pentas...
Pengerusi majlis menyampaikan kata - kata aluan...
Bacaan doa bagi memberkati majlis dari bahagian BAKA PDRM...
Menadah tangan memohon keberkatan majlis...
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia ketika menyampaikan ucapan beliau...
Wakil pelajar (peserta kursus) wanita memberi ucapan...
Wakil pelajar (peserta kursus) lelaki memberi ucapan...
Antara peserta kursus yang hadir....
Pemberian sijil dan cenderahati....
Bergambar kenanangan....
Menandatangani buku pelawat Pulapol Bukit Sentosa...
Sesi beramah mesra dengan peserta....
Wartawan: Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor
Jurugambar: Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor / L/kpl Mohd Helmi bin Saadin