Menu

Polis Diraja Malaysia Dan Polis Diraja Thailand Tingkat Kerjasama

Bangkok - 28 Februari 2012

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) bersetuju meningkatkan lagi operasi bersama untuk mengesan dan membanteras kumpulan pengganas yang menjadikan dua negara berjiran tersebut sebagai tempat persembunyian.

YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, berkata, keputusan itu merupakan antara 11 perkara yang dibincang dan dipersetujui bersama semasa Mesyuarat Urus Setia Dalam Aktiviti Jenayah Melibatkan Malaysia-Thailand Kali Ke-21 yang berlangsung di di Centara Grand Hotel, Bangkok, Thailand.

Menurut YDH Ketua Polis Negara lagi, isu pengganas diberi perhatian dalam mesyuarat kali ini kerana mengambil kira apa yang telah berlaku di Indonesia dan selatan Thailand dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

"Adalah disyaki terdapat individu yang dipercayai pengganas melarikan diri sama ada ke Malaysia atau Thailand. Untuk itu, kita rasa perlu diterus dan ditingkatkan lagi kerjasama antara PDRM dan RTP untuk menjalankan pemantauan bagi mengesan individu berkenaan", ujar YDH Ketua Polis Negara.

"PDRM mempunyai pasukan khas yang sering berkomunikasi dengan rakan sejawatan di RTP. Kita bersetuju untuk meningkatkan operasi mengesan jika ada saki baki atau penyokong kumpulan pengganas yang menggunakan sama ada Thailand atau Malaysia untuk dijadikan tempat mereka bersembunyi," ta,baj YDH Ketua Polis Negara kepada Angelina Sinyang wartawan Utusan Malaysia selepas selesai mesyuarat di Centara Grand Hotel, di Bangkok.

Terdahulu, YDH Ketua Polis Negara dan Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Negara Thailand, bersama-sama mempengerusikan mesyuarat dan seterusnya menandatangani minit mesyuarat yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak.

"Tumpuan risikan juga diberi keutamaan iaitu kita akan pantau pergerakan, saling bertukar serta berkongsi maklumat tentang individu yang kita percaya mempunyai kepentingan dan niat jahat terhadap kedua-dua negara," ujarnya. Ketika ini, PDRM dan RTP telah memeterai perjanjian atau persefahaman untuk menempatkan anggota di pintu sempadan bagi melaksanakan tugas rondaan secara bersama.

Dalam mesyuarat tersebut, sebanyak 10 perkara diluluskan dalam mesyuarat itu ialah penyeludupan dan pengedaran dadah, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan pengedaran senjata api, melindungi nyawa dan harta benda rakyat yang tinggal di sepanjang sempadan, pembangunan dalam pengendalian atau pemulangan barang bukti seperti kenderaan yang dirompak atau dicuri dari Malaysia ke Thailand dan sebaliknya.

Turut dipersetujui, kerjasama dalam jenayah ekonomi dan siber, langkah perisikan, jenayah di laut dan lanun, latihan dan pembangunan sumber manusia serta lain-lain perkara.

Turut hadir, pada mesyuarat itu ialah YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH DCP Dato Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setia Usaha Polis Malaysia (SUPM), YDH SAC Dato Isa Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM), YDH SAC Dato Khariri Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Ancaman Ekstremis Luar cawangan Khas, YDH SAC Dato Abd. Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ dan YDH SAC Dato Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah D9 JSJ.

Gambar sekitar mesyuarat di Bangkok


















Wartawan/Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS