Menu

Program Mengimarahkan Masjid Jamek Bandar Kluang,Johor

Kluang, Johor - 2 Mac 2012. YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar hari ini telah hadir ke Program Mengimarahkan Masjid di Masjid Jamek Bandar Kluang, Johor dimana program ini adalah bertautan dengan Program High Profile Policing Ketua Polis Negara di daerah tersebut. 

Program ini dilihat sebagai salah satu langkah positif PDRM dalam mengeratkan hubungan dua hala bersama masyarakat apabila pucuk pimpinan PDRM telah mengambil inisiatif bersama-sama terlibat di dalam aktiviti kemasyarakatan, khususnya dalam program mengimarahkan masjid.

Bacaan Yaasin menjadi pembuka tirai program seterusnya di ikuti bacaan tahlil dan doa selamat khasnya ditujukan kepada para pejuang negara yang telah gugur dalam mempertahankan tanah air tercinta.

Program diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara kepada Y.Bhg Tuan Mohamad Khalil Bin Md. Noor, Kadi Daerah Kluang merangkap Pengerusi Masjid Jamek Bandar Kluang,Johor sebagai tanda terima kasih PDRM kepada Ahli Jawatankuasa Masjid.

Pada masa yang sama, YDH IG Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menunaikan solat jumaat bersama kariah tempatan serta anggota dan para pegawai yang terlibat dalam program tersebut.

Turut hadir di program tersebut ialah YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar Bin Hj. Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Jamek Bandar, Kluang Johor. 



Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.






Bacaan surah Yaasin beramai-ramai...


Bacaan Tahlil dan doa selamat...




Penyampaian cenderahati PDRM...


Ahli Jawatan Kuasa Masjid bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor...


Pesara-pesara polis bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor...

Wartawan/Jurufoto :  Konstabel Muhammad Iqtar bin Azmi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS