Menu

UBAHSUAI MOTOSIKAL: DIBERI TEMPOH DUA MINGGU KEMBALI KEPADA BENTUK ASAL

Bukit Aman, 16 Jan – Semua pemilik dan penunggang motosikal yang telah mengubahsuai motosikal digesa untuk mengubah kembali kepada bentuk asal dalam tempoh dua minggu sebelum operasi khas motosikal secara besar-besaran diadakan pada 2 Februari nanti.

Menurut Timbalan Ketua Trafik Pasukan, ACP Mahamad Akhir Darus, operasi berkenaan akan memfokuskan kepada pengubahsuaian dan pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata pengubahsuaian yang dimaksudkan ialah seperti pengubahsuaian pada enjin, menukar blok enjin, kaburator, tayar nipis/kecil (tayar sotong), ekzos. 

"Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain dan juga menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan", ujar beliau lagi.

Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan sehinggalah pihak polis berpuashati dengan keberkesanan operasi tersebut.


Timbalan Ketua Trafik Pasukan, ACP Mahamad Akhir Darus.


Sesi sidang media
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS