Menu

MENGAKU SALAH, BURUKKAN TUGAS POLIS

Seorang penganggur dipenjara sehari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam selepas mengaku bersalah memburukkan tugas anggota polis di laman Facebook (FB) miliknya, Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa secara sedar menggunakan kemudahan FB menerusi akaun Asyraf Shah miliknya untuk penghantaran komen kepada anggota Balai Polis Tengkera dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS