Menu

DARI BUKIT AMAN: AJARAN SESAT ANCAM KESELAMATAN NEGARA (Bahagian 3)

Sejak tahun 2010 sehinggalah bulan April 2016 lepas, seramai 40 orang yang terlibat dalam tujuh buah kumpulan ajaran sesat dalam negara telah ditahan.

Tangkapan dibuat kerana mereka ini mampu mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan ummah menerusi dakyah-dakyah ketuhanan terpesong mereka serta bercanggah dengan agama Islam iaitu agama rasmi negara.

Dalam menangani kumpulan-kumpulan sesat ini, PDRM menerusi Cawangan Khas (SB) sentiasa bekerjasama dengan lain-lain jabatan dan agensi penguatkuasa agama di setiap negeri dari semasa ke semasa.

PDRM menyeru semua pihak agar sama-sama bersatu dalam usaha menjaga kesucian agama Islam.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS