Menu

KES PUKUL SAMPAI MATI ADIK KENCING DALAM SELUAR, SUSPEK KINI DIREMAN POLIS

Polis Negeri Sembilan kini menahan reman selama seminggu seorang lelaki berusia 40 tahun yang memukul sampai mati adiknya orang kelainan upaya (OKU) yang terkencing beberapa hari lalu di Seremban.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun, siasatan masih diteruskan oleh pihaknya termasuk mendapatkan rakaman percakapan dari beberapa orang saksi yang melihat kejadian.

Beberapa hari lalu, suspek yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh di Seremban telah disyaki menumbuk dan menendang beberapa kali adiknya di kepala dan badan sebelum meninggal dunia hanya kerana terkencing di dalam seluar.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS