Menu

POLIS TERIMA 11 LAPORAN POLIS SEPANJANG LAPAN HARI BERKEMPEN

Polis menerima 11 laporan sepanjang lapan hari kempen PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar berlangsung.
 
Ketua Polis Perak, Dato' Sri Abd Rahim Hanafi berkata, daripada jumlah itu, lima kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan dan salah satu satu kes tidak dikenakan tindakan lanjut.
 
Menurutnya antara yang diambil tindakan adalah membabitkan dua paraglider yang didapati berlegar-legar di ruang udara Pusat Penamaan Calon kira-kira 20 minit, Ahad minggu lalu.
 
Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS