Kelicikan dua beradik lelaki yang bersekongkol dengan seorang wanita yang disyaki aktif memperdaya dan memeras ugut lelaki di laman sosial WeChat berkubur selepas mereka ditahan di sebuah restoran di Seksyen 32, Shah Alam pada 7 Jun lalu.
Modus operandi kumpulan tersebut ialah suspek wanita akan berkenalan dengan mangsa-mangsa lelaki menerusi media sosial WeChat dan memperdayakan mereka dengan ayat-ayat cinta.