Menu

POLIS TRAFIK PARAH DIHIMPIT PEMANDU DEGIL

Seorang pemandu kereta yang di kejar polis bertindak agresif menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik hingga beliau terjatuh dan cedera parah.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, suspek dikejar beberapa anggota trafik yang menunggang motosikal di Jalan Kuching berhampiran susur kompleks perumahan kerajaan di Kuala Lumpur.

Akibatnya, mangsa, Konstabel Wan Mohd Fazly Wan Soho, 27, patah tangan dan mengalami kecederaan teruk di muka.

Jurucakap polis berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS