Kuala Lumpur, 20 Julai 2017– Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Mesyuarat bilangan 4/2017 yang dikelolakan oleh Cawangan Khas PDRM itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri.
Ketibaan beliau di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama timbalannya, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, barisan kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan barisan pucuk kepimpinan tertinggi PDRM.
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bilik Mesyuarat KPN, aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri.
Mesyuarat Bulanan TPM Bersama PDRM
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memberi cederahati kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Sesi bergambar kenangan TPM bersama PDRM