Menu

LAWATAN KPN KE ATAS KELUARGA MANGSA TRAGEDI PUSAT TAHFIZ.

Kuala Lumpur, 16 September 2017 - Seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan peristiwa menyayat hati tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, awal pagi 14 September lalu.

Tragedi ini yang meragut 23 nyawa ini sesungguhnya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada seluruh keluarga mangsa-mangsa kebakaran pusat tahfiz termasuk tiga murid iaitu anak kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun pagi ini telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas dua buah keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Ketua Polis Negara mengadakan lawatan pertama keluarga mangsa kebakaran iaitu anak kepada Koperal Mohd Nor Hadi yang bertugas di Cawangan Pancaragam PDRM, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Tan Sri Mohamad Fuzi turut mengadakan lawatan terhadap keluarga Koperal F.Zaska Yusoh bertugas di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur yang turut kehilangan dua orang anaknya dalam insiden tersebut.

Ketua Polis Negara turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada PDRM dan Menteri Besar Terengganu kepada kedua-dua keluarga mangsa tragedi kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Talil ringkas turut dibacakan dipimpin oleh Pegawai Turus Kebajikan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Napri Sahlan.

Lawatan ini antara lainnya memperlihatkan keprihatinan pucuk pimpinan PDRM yang mengambil berat dan prihatin terhadap semua pegawai dan anggota PDRM.

Seluruh warga PDRM turut berdukacita dan terkesan di atas insiden yang meragut puluhan nyawa insan-insan kerdil ini.

Ketua Polis Negara dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan, pihak polis akan memberikan kerjasama dan bantuan sepenuhnya serta menjalanlan siasatan menyeluruh terhadap tragedi kebakaran tersebut.

_MG_6984 copy
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun ketika bersalaman dengan Koperal Mohd Nor Hadi.
 
_MG_7070 copy
Sekitar lawatan Ketua Polis Negara di rumah mangsa pertama.

_MG_7139 copy
Ahli Parlimen Setiawangsa, YB Dato' Ahmad Fauzi Zahari turut hadir dan menghulurkan sumbangan.

21767111_10155823842331661_1079869928_o
Ketua Polis Negara ketika menghulurkan sumbangan kepada Koperal Mohd Nor Hadi.

_MG_7176 copy
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Haji Mazlan Lazim ketika menghulurkan sumbangan.

_MG_7226 copy
Ketua Polis Negara ketika disambut oleh Koperal F.Zaska Yusoh di rumahnya.

_MG_7296 copy
Tahlil ringkas.

_MG_7317 copy
Ketua Polis Negara ketika menyampaikan sumbangan.

_MG_7331 copy
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Haji Mazlan Lazim ketika menghulurkan sumbangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS