Menu

PDRM PUPUK KESEDARAN ISU KESELAMATAN NASIONAL KEPADA MAHASISWA

Melaka, 11 November 2017 – Atas inisiatif bagi memberikan pendedahan sekaligus memupuk kesedaran berkenaan isu keselamatan nasional  di kalangan mahasiswa, Polis Diraja Malaysia  (PDRM) melalui elemen Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Pencegahan Jenayah Pelan Tindakan Inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) di institut pengajian tinggi (IPT) tersebut, hari ini.

Perasmian program ini disempurnakan oleh Pengarah JSPT PDRM, SAC Sharul Othman Mansor.

Pendedahan berkenaan isu keselamatan ini juga merangkumi pelbagai sudut antaranya isu-isu jenayah dan langkah-langkah pencegahan, isu-isu keganasan, ancaman militan, keselamatan jalan raya serta lain-lain lagi.

“Antara objektif lain adalah memberi kesedaran dan maklumat mengenai tanggungjawab mahasiswa dan belia supaya dapat menjadi mata dan telinga polis dalam membantu pencegahan jenayah di dalam serta di luar kampus,” ujar beliau di dalam ucapannya.

Hadirin turut disajikan dengan demonstrasi menunggang motosikal daripada Unit  Pengajian Memandu Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, demonstrasi daripada Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM, Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, pertunjukan Silat Tempur oleh Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi, persembahan Okestra UTeM serta Sketsa Menangani Samseng Jalanan oleh gandingan antara PDRM dan Mahasiswa UTeM.

Turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Prof. Datuk Dr.  Izaidin Abdul Majid, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Dato’ Sun Teoh Tia, pegawai-pegawai kanan PDRM, warga UTeM serta wakil-wakil media.

Gambar Sepanjang Program
_MG_3771_MG_3715IMG_3838_MG_3657_MG_3447
_MG_3596_MG_3498
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS