Menu

PDRM TERIMA 871 BUAH MOTOSIKAL DARIPADA KAWASAKI MOTORS MALAYSIA SDN BHD

Kubang Pasu, 23 Januari 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini secara rasmi menerima 871 buah motosikal Kawasaki Z250 dan scrambler KLX250 yang akan digunakan bagi tujuan rondaan cegah jenayah dan menjaga keselamatan sempadan negara.

Perolehan aset baru ini merupakan penambahan kepada 4,189 buah motosikal rondaan mencegah jenayah untuk peguatkuasaan undang-undang negara yang dimiliki PDRM secara berperingkat sejak Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ditubuhkan pada 2012 lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, idea penubuhan URB suatu ketika dahulu kini jelas membuahkan hasil apabila mendapat reaksi positif masyarakat.

“Jelas sekali, idea yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menubuhkan URB ini sememangnya telah membuahkan satu impak yang amat positif dan berkesan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan masyarakat, sekaligus mengurangkan ketakutan komuniti terhadap perlakuan jenayah,” ujar beliau dalam Majlis Penyerahan Motosikal Kawasaki Model Z250 dan KLX250 di perkarangan Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA), Bukit Kayu Hitam, dekat sini.

Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Fuzi turut mengumumkan penggunaan 200 buah motosikal model scrambler KLX250 Kawasaki oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menerusi PGA yang akan digunakan oleh Patrolman URB untuk mengawasi sempadan negara.

Hadir sama dalam majlis tadi Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Pengarah Jabatan KDNKA, Bukit Aman, Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, Dato’ Tajuddin Md Isa selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majlis dan Ketua Polis Kedah, Dato’ Asri Yusoff.

_MG_6983
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun melihat dengan lebih dekat aset terbaru milik PDRM motosikal Kawasaki scrambler model KLX 250.

_MG_6930
Sekitar Majlis Penyerahan Motosikal Kawasaki Model Z250 dan KLX250 kepada PDRM di MARTAK PGA, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

_MG_6899
Sekitar Majlis Penyerahan Motosikal Kawasaki Model Z250 dan KLX250 kepada PDRM di MARTAK PGA, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

_MG_6871
Sekitar gimik pelancaran majlis berupa simbolik penyerahan kunci motosikal Kawasaki kepada PDRM.

_MG_6975
Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS