Menu

PDRM KOMITED TANGANI ANCAMAN BIOTERRORISM DI PINTU MASUK NEGARA

PDRM KOMITED TANGANI ANCAMAN BIOTERRORISM DI PINTU MASUK NEGARA

Putrajaya, 9 Februari 2018 – Selaras dengan objektif pasukan untuk mengekang ancaman bioterrorisme di pintu masuk negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Interpol General Secretariat (IPSG), Lyon Perancis telah mengadakan ‘Project Vector Bioterrorism Evidence Exploitation Workshop 2018’ yang berlangsung bermula 7 sehingga 9 Februari 2018 bertempat di Pullman Lakeside Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah JSJ, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmudin Ahmad dalam satu sidang media di Pullman Lakeside Putrajaya sebentar tadi menjelaskan, bengkel berbentuk seminar dan latih amal ini melibatkan penyertaan serta kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), KLIA, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kimia Malaysia, Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Beliau menambah, pelbagai jabatan dalam PDRM dengan kepakaran tertentu turut terlibat seperti Makmal Forensik (D10) JSJ, Databank DNA (D13) JSJ, Bahagian E8 (Counter-Terrorism) Cawangan Khas, Unit ‘Chemical, Biological, Radiological, Nuclear & Explosive’ (CBRNE) dari JBPM, Cawangan Persenjataan dari Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA.

Latih amal ini adalah dalam bentuk ‘table top’ dan ‘field move exercise’ bagi meningkatkan kecekapan dalam menangani isu ancaman ‘biological agent’ yang menjadi salah satu bentuk ancaman terkini.

“Peluang yang ada ini adalah masa yang tepat untuk memberi kesedaran serta meningkatkan kemahiran kritikal berkaitan ancaman bahan biologi, penyeludupan, pengumpulan dan pengangkutan bukti keterangan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Kaunter Terrorism Anti Keganasan INTERPOL, Mr. Dinis Adriao turut memuji usaha dan tindakan PDRM berkolobrasi dengan agensi kerajaan lain  dalam menangani ancaman bioterrorism di negara ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Timbalan Pengarah JSJ (Forensik /Databank DNA/Perancangan Strategi), DCP Dato’ Raja Shahrom Raja Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo dan wakil dari IPSG, Mr. Zoran Sandev.

_MG_8129
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmudin Ahmad beramah mesra bersama Pengarah Kaunter Terrorism Anti Keganasan INTERPOL, Mr. Dinis Adriao pada sidang media ‘Project Vector Bioterrorism Evidence Exploitation Workshop 2018’.

_MG_8081
Sekitar sidang media ‘Project Vector Bioterrorism Evidence Exploitation Workshop 2018’.

_MG_8044
Gambar kenangan bersama agensi kerajaan yang terlibat dalam ‘Project Vector Bioterrorism Evidence Exploitation Workshop 2018’.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS