SINDIKET DADAH RM6.2 JUTA TUMPAS, LIMA INDIVIDU DITAHAN
Kajang, 5 Mac 2018 – Hasil serbuan di tujuh lokasi sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan elemen Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah dengan tertangkapnya lima individu serta rampasan pelbagai dadah jenis Syabu, Ekstasi dan Heroin bernilai RM6.2 juta, semalam.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sebentar tadi berkata pihak polis turut merampas wang tunai dan menyita pelbagai jenis kenderaan serta barang kemas milik anggota sindiket terbabit yang dianggarkan bernilai RM634,000.
Tambahnya lagi, kesemua suspek, empat lelaki dan seorang wanita merupakan warganegara tempatan berusia lingkungan 28 sehingga 48 tahun.
Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika menunjukkan rampasan dadah kepada pihak media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Antara dadah yang dirampas.