Menu

KPN TURUN PADANG RONDA CEGAH JENAYAH DI PASAR SENI

Kuala Lumpur, 10 Disember 2018 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun telah merasmikan Program Ronda Cegah Jenayah dan membuat "walkabout" di sekitar Kompleks Pasar Seni, di sini, pagi tadi.

Program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dan Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu memasuki siri keempat di ibu kota dengan penglibatan seramai 110 pelatih Kadet Inspektor Siri 2/2018 dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Selain berkonsepkan "omnipresence", rondaan cegah jenayah yang turut melibatkan Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini lebih tertumpu di sekitar kawasan tumpuan masyarakat dan pelancong asing. Antaranya, sekitar Pasar Seni, Jalan Petaling, Pudu Raya, Wisma Yakin dan Lebuh Ampang, Kuala Lumpur.

Turut menarik perhatian sepanjang perasmian program tadi adalah gerai pameran dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, kaunter semakan dan pengurangan saman trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta kaunter pendaftaran "Volunteer Smartphone Patrol" (VSP) dari JPJKK.

Hadir sama membuat "walkabout" bersama Tan Sri Mohamad Fuzi adalah Pengarah JPJKK selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Rosli Ab. Rahman, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim, wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ibrahim yusoff dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

IMG_1982
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan bertanyakan tentang keadaan keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke Pasar Seni.

0S5A3758
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun beramah mesra bersama para pelancong.

IMG_1968
Sekitar program Ronda Cegah Jenayah dan "walkabout" di Kompleks Pasar Seni.

IMG_1958
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun beramah mesra bersama para pelancong.

0S5A3439
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyempurnakan gimik pelancaran.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS