Menu

HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA BUDDHA


Kuala Lumpur, 19 April 2019 - Kira-kira 200 penganut penganut agama Buddha yang terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam hadir dalam upacara keagamaan bersempena Peringatan Hari Polis Ke-212 yang berlangsung di Buddhist Maha Vihara, Brickfield, dekat sini, pagi tadi.

Upacara sembahyang dan keagamaan yang bermula seawal jam 8.00 pagi, telah dipimpin oleh Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera.

Dalam majlis tersebut juga, Timbalan Pengarah (Perancangan/Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Sun Teoh Tia merangkap Pengerusi Jawatankuasa turut berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada warga kerja dan pesara PDRM yang memerlukan.

Turut hadir, Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Goh Boon Keng, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Penyelidikan Maktab Polis Diraja Malaysia, SAC Dato' Pahlawan Sum Chang Keong, SAC (Perisikan/Siasatan/Khas) Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), SAC Ooi Kee Heng, pegawai kanan polis serta wakil media.

Image may contain: 7 people, people standing, child and indoor
Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera memimpin upacara sembahyang hari ini.

Image may contain: 11 people, people sitting
Sekitar Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Hari Polis ke-212.

Image may contain: 14 people, people smiling, crowd
Warga PDRM bergambar kenangan bersama Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting and indoor
Perjumpaan Timbalan Pengarah (Perancangan/Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Sun Teoh Tia bersama Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera..

Image may contain: 8 people, people standing
Sekitar Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Hari Polis ke-212.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS