Menu

PERTANDINGAN MENEMBAK UKK: PDRM RAIH TEMPAT KETIGA

Kajang, 20 April 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori berpasukan dalam Pertandingan Menembak Bersama Unit Komunikasi Korporat (UKK) Agensi Penguatkuasa 2019 anjuran Bahagian Komunikasi Strategik (BKS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, dekat sini, hari ini. 

Meskipun berjaya memperoleh kutipan mata sebanyak 346, PDRM terpaksa akur dengan kehebatan SPRM dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) apabila kedua-dua agensi tersebut berjaya menduduki tempat pertama dan kedua bagi kategori berpasukan dengan masing-masing mengutip 363 dan 349 mata. 

Dua kategori lain yang turut dipertandingkan ialah kategori ketepatan individu dan jatuhan piring.

Bagi kategori ketepatan individu, johan dirangkul oleh SPRM, Penolong Penguasa Mohd Ridhwan Ezanee Rahmat yang memperoleh markah 96 mata, manakala naib johan disandang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander Mazlan Minhat yang memperoleh markah 95 mata, diikuti tempat ketiga telah disandang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kenn Mccluskee Anak Kebon yang memperoleh markah 94 mata. 

Manakala bagi kategori jatuhan piring pula, johan dirangkul oleh JPM, manakala naib johan disandang oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), diikuti tempat ketiga telah disandang oleh SPRM. 

Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta telah diberi penerangan berkaitan keselamatan dan pengendalian senjata api jenis Glock 19 Gen4 yang disampaikan oleh beberapa pegawai dan anggota bertugas. 

Objektif utama progam ini diadakan adalah untuk menguji tahap kemahiran para peserta disamping menjalinkan ukhwah persahabatan di antara agensi-agensi yang terlibat. 

Program yang julung kali diadakan ini melibatkan seramai 65 pegawai dan anggota daripada 12 UKK Agensi Penguatkuasa. 

Antaranya adalah JPM, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, JKDM, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pertahanan Malaysia, TLDM, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Bank Negara Malaysia dan SPRM.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma-Hasan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM merangkap penganjur pertandingan, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Ismajuri Ismail, para pegawai kanan dari pelbagai agensi dan rakan media.

Image may contain: one or more people, people standing, tree, crowd, sky and outdoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: one or more people and phone
Sekitar acara menembak bagi kategori ketepatan individu.

Image may contain: one or more people, people standing, hat and outdoor
Sekitar acara menembak bagi kategori ketepatan individu.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Sekitar acara menembak bagi kategori jatuhan piring.

Image may contain: one or more people and outdoor
Sekitar acara menembak bagi kategori berpasukan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS