Menu

WPFG 2019: PDRM BAWA PULANG 44 PINGAT EMAS, 36 PERAK DAN 24 GANGSA

Chengdu, 21 Ogos 2019 - Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke World Police and Fire Games (WPFG) 2019 mengakhiri misi mereka dengan meraih 44 pingat emas, 36 perak dan 24 gangsa menerusi sembilan acara yang disertai bermula 8 sehingga 18 Ogos lalu, di sini.

Kesemua acara tersebut adalah olahraga, ragbi, lumba basikal, karate, tenpin boling, golf, badminton, 'bench-press' dan menembak.

Mengulas mengenai kejayaan meraih 44 pingat emas itu, Pengarah Pengurusan merangkap 'Chef De-Mission' kontinjen PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar berkata, pencapaian tersebut berjaya dilakar melalui usaha gigih berterusan dan semangat juang tinggi yang ada dalam diri 129 atlet pasukan yang bertanding.

"Kontinjen kita (PDRM) amat bertuah kerana memiliki atlet-atlet kebangsaan yang turut menyumbang 13 pingat emas dalam acara kali ini," ujar beliau.

Atlet-atlet kebangsaan tersebut adalah Koperal Nik Mohd Azwan Zulkifle (olahraga), Koperal Sokongan Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (olahraga), Lans Koperal Mohd Elmi Jumari (lumba basikal), Konstabel Masziyaton Md Radzi (olahraga) dan Konstabel Ju Pha Somnet (olahraga).

Bagi kontinjen PDRM, pencapaian 'menuai' 104 pingat pada tahun ini meninggalkan kenangan indah apabila kontinjen pasukan pulang bersama pencapaian terbaik dalam sejarah WPFG sejak tahun 1995.

Apa yang pasti, kontinjen PDRM kini akan berusaha dengan lebih gigih untuk memperoleh pencapaian yang lebih cemerlang dalam temasya WPFG di Belanda pada tahun 2021 nanti.

Sekalung ucapan syabas dan tahniah buat wira dan wirawati PDRM!

Image may contain: night and outdoor
Majlis Pembukaan World Police and Fire Games, Chengdu, China.

Image may contain: 13 people, people smiling, people playing sports and outdoor
Atlet ragbi PDRM semasa di World Police and Fire Games (WPFG) 2019.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Sesi penyampaian hadiah acara lumba basikal di World Police and Fire Games (WPFG) 2019.

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing
Atlet tenpin boling PDRM bergambar kenangan di World Police and Fire Games (WPFG) 2019.

Image may contain: 15 people, people smiling
Sesi penyampaian hadiah acara golf di World Police and Fire Games (WPFG) 2019.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS