Kuala Lumpur, 22 Ogos 2019 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Manager South East Asia, Australian Federal Police, Commander Sharon Cowden dan delegasi Kelab Lion Internasional yang diketuai oleh Dato’ Jevern Lim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Kunjungan hormat oleh Commander Sharon di sebelah pagi tadi diadakan bagi membincangkan isu-isu keselamatan selain memperkasakan lagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua negara.
Pada sebelah petangnya pula, Dato’ Seri Abdul Hamid dan Dato’ Jevern telah membincangkan berkenaan usaha-usaha memerangi jenayah, penyalahgunaan dadah serta meningkatkan keselamatan jalan raya dalam negara dengan lebih efektif.
Pertemuan tersebut bertujuan membincangkan berkenaan pembaharuan nota persefahaman kerjasama (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Kelab Lions Internasional yang pernah ditandatangani pada 13 Disember 2013.
Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Perhubungan Antarabangsa, SAC Datuk Goh Boon Keng serta pegawai kanan PDRM.
Manager South East Asia, Australian Federal Police, Commander Sharon Cowden menandatangani buku pelawat.
Sekitar kunjungan hormat daripada Manager South East Asia, Australian Federal Police, Commander Sharon Cowden ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Manager South East Asia, Australian Federal Police, Commander Sharon Cowden menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Bergambar kenangan.
Sekitar kunjungan hormat daripada delegasi Kelab Lion Internasional yang diketuai oleh Dato’ Jevern Lim ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar kunjungan hormat daripada delegasi Kelab Lion Internasional yang diketuai oleh Dato’ Jevern Lim ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Jevern Lim yang mengetuai delegasi Kelab Lion Internasional.
Bergambar kenangan.