Menu

PETA LALUAN TOUR OF PENINSULAR (TOP) 2019 PERINGKAT 1

Motoshoot Event akan menganjurkan kejohanan lumba basikal Tour Of Peninsular (TOP) 2019 yang akan berlangsung mulai 15 Oktober 2019 sehingga 19 Oktober 2019 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Ianya melibatkan beberapa negeri iaitu Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Peringkat 1 : Dungun – Kuala Terengganu (180.6km)
Tarikh : 15/10/2019 (Selasa)
Lokasi Pelepasan : Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun
Masa Pelepasan : 10.00 pagi
Lokasi Penamat : Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
Jangkaan Masa Sampai : 2.30 petang
Kontinjen Terlibat : Terengganu
Daerah Terlibat : Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Terengganu

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
UiTM Dungun – Kg Sg. Selatan – Kg. Pak Sabah – Kg Binjai – Kg Delong – Kg Dendang – Kg Tok Dor – Kg Durian Kassim – Kg Machang - Kg Bukit Menggawan – Kg Menerong – Kg Pereh – Kg Pereh - Kg Peris – Kg Cheting – Kg Pelandan – Kg Bukit Gemuruh – Kg Batu 24 – Kg Batu 23 – Kg Baru Ajil – Kuala Ibai – Batu Buruk – Jambatan Sultan Mahmud – Kg Bonggoi Pauh – Kg Duyung – Kg Teluk Ketapang – Jabatan Angkat – Bulatan – Batu Bersurat – Kg Ladang Sekolah – Kg Panglima – Dataran Syahbandar.

Penutupan tapak permulaan secara berperingkat akan bermula pada jam 6.00 pagi bagi persediaan pentas pelepasan. Peserta perlumbaan dilepaskan pada jam 10.00 pagi di UiTM Dungun, Terengganu.
Jangkaan peserta perlumbaan tiba di lokasi penamat, Dataran Syahbandar pada jam 2.30 petang dan lokasi akan ditutup sepenuhnya 2 jam lebih awal.

Pemakluman kepada orang ramai
• Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan.
• Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan.
• Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan.
• Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan Tour Of Peninsular 2019
• Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web Tour Of Peninsular 2019 di www.tourpeninsular.com

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#JSPT
#ToP2019

Image may contain: one or more people and text
Image may contain: text
No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS