Putrajaya, 17 Oktober 2019 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed mengetuai 330 penerima Darjah Kepahlawanan dan Pingat Keberanian Polis pada sesi kedua penganugerahan oleh Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Berangkat sama dalam istiadat yang berlangsung di Balairong Seri Istana Melawati tadi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkilalallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Dato' Huzir menerima darjah pangkat pertama Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Pingat Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).
Turut menerima pingat tersebut Timbalan Pengarah 1, Cawangan Khas, CP Dato' Rosly Abas, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Omar Haji Mammah dan Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Narenasegaran Thangaveloo.
Dalam istiadat hari terakhir itu juga, seramai 56 Pegawai Kanan Polis dianugerahkan darjah kebesaran Pingat Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), antaranya Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Penolong Pengarah Hal-Ehwal Pesara Polis, SAC Afandi Senin dan Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Mancha Ata.
Manakala 74 lagi dianugerahkan Pingat Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 18 Pingat Kesatria Pasukan Polis dan 178 Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP).
Bergambar kenangan bersama Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed semasa menerima pingat di Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador bersama Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Sekitar Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis di Istana Melawati.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Omar Haji Mammah semasa menerima pingat di Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Narenasegaran Thangaveloo semasa menerima pingat di Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis.
Timbalan Pengarah 1, Cawangan Khas, CP Dato' Rosly Abas semasa menerima pingat di Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis.