Menu

SILA TANGGUH PERCUTIAN ANDA KE HONG KONG

#PesananKhidmatMasyarakat

SILA TANGGUH PERCUTIAN ANDA KE HONG KONG

Orang ramai yang merancang untuk bercuti ke Hong Kong dalam tempoh terdekat, dinasihat untuk menangguhkannya buat sementara waktu.

Ini disebabkan demonstrasi dan protes jalanan oleh beberapa kumpulan rakyat negara itu masih berterusan sejak bulan Jun lalu serta tahap keselamatan di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan mereka agak membimbangkan.

Rakyat Malaysia yang kini berada di negara tersebut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak melalui kawasan yang dinyatakan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi mengetahui perkembangan di Hong Kong, sila ikuti hebahan atau berita yang dikeluarkan oleh pihak media dan pihak berkuasa negara itu dari semasa ke semasa.

Anda juga boleh mandapatkan bantuan Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong melalui talian +852 2821 0800 / +852-6900-6390 [WhatsApp/WeChat] selepas waktu pejabat.

Sumber info: Wisma Putra
Sumber foto: China Daily

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS