Menu

LTDL 2020 : PETA LALUAN LE TOUR DE LANGKAWI

Human Voyage menganjurkan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 yang akan berlangsung mulai 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Kayuhan akan bermula di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah, iaitu perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia (Malaysia Internasional Criterium Race) sebagai perlumbaan khas bersempena sambutan Jubli Perak LTdL 2020 dan peringkat pertama bermula di Kuching, Sarawak dengan keseluruhan mempunyai 8 peringkat sebelum berakhir di Pulau Langkawi, Kedah dengan acara baharu diperkenalkan iaitu perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Classic Race) sebagai penutup perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 1441 kilometer.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Peringkat 8 : Dataran Lang, Kuah, Pulau Langkawi (108.5km)
Tarikh : 14/02/2020 (Jumaat)
Lokasi Pelepasan : Dataran Lang, Kuah
Masa Pelepasan : 3.00 petang
Lokasi Penamat : Pekan Kuah, Pulau Langkawi
Jangkaan Masa Sampai : 5.45 petang
Kontinjen Terlibat : Kedah
Daerah Terlibat : Langkawi

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-

Dataran Lang – Kuah – Taman Mawar – Taman Seroja – Kg. Kilim – Kg. Batu Gajah – Ayer Hangat – Kg. Padang Lalang – Teluk Yu – Kg. Ewa – Kg. Kok – Kg. Ranggot Besar – Kg. Ranggot Kecil – Kg. Nyior Chabang – Ulu Melaka – Jalan Padang Gaong – Taman Kenari - Batu Asah – Kelibang – Kg. Pokok Asam – Pekan Kuah.
LOOP (8.7km x 6 loops) Pekan Kuah – Lebuhraya Langkawi – Jalan Padang Gaong – Jalan Padang Matsirat.

Lokasi permulaan dan penamat bagi semua peringkat perlumbaan akan ditutup 2 jam lebih awal sebelum dan selepas pelepasan bagi kerja-kerja pemasangan dan membuka peralatan khemah dan pentas. Manakala lokasi laluan akan ditutup sejam atau seminima masa yang boleh mengikut keadaan tempat berkenaan lebih awal bagi mengubah, melencong atau mengalih setiap halangan yang dikenal pasti oleh petugas trafik pada masa perlumbaan sedang berlangsung.

Laluan tapak permulaan akan ditutup secara berperingkat mulai jam 12.00 tengahari bagi perlepasan peserta pada jam 3.00 petang di Dataran Lang manakala penutupan di laluan perlumbaan akan bermula mulai jam 2.00 petang sehingga ketibaan peserta pelumbaan pada jam 5.45 petang di Pekan Kuah.

Pemakluman kepada orang ramai:-

• Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan.

• Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan.

• Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan.

• Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan.

• Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020.

Image may contain: text and outdoor

No photo description available.

Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS