Pada 1 Julai 1896, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan dan pasukan polis dari empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan. Ia dipanggil Pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay State Police (FMS).
Pesuruhjaya polis pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah Kapten H. C. Syers, iaitu Pesuruhjaya Polis Selangor. Beliau menjadikan Bluff Road (Bukit Aman) sebagai pusat pentadbiran bagi pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu.