Menu

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN KSU JPM DAN KP KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA

Kuala Lumpur, 21 Februari 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador petang tadi menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Kunjungan hormat tersebut dibuat antara lainnya, membincangkan isu-isu berkaitan pentauliahan Polis Bantuan dalam negara dan memperkukuhkan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi kerajaan lain.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato’ Kasuahdi Haji Ali.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin menandatangani buku pelawat.
 
Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 
Image may contain: 9 people, people standing
Bergambar kenangan.
 
Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
 
Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS