Menu

DATO' SRI ACYL SANI DILANTIK TIMBALAN KPN KE-26 PDRM

Putrajaya, 14 Ogos 2020 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) ke-26 dalam majlis ringkas yang diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.

Majlis penyerahan surat pelantikan dan pemakaian pangkat jawatan Timbalan KPN telah disempurnakan oleh Menteri KDN, Dato' Seri Hamzah Zainuddin.

Dato' Sri Acryl Sani yang berkelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia itu menggantikan Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, berkuat kuasa hari ini.

Dato' Sri Acryl Sani, 59 tahun yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor pernah menyandang pelbagai jawatan penting dalam Pasukan, antaranya Ketua Polis Perak, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Bagi pihak seluruh warga PDRM, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Sri Acryl atas pelantikan sebagai Timbalan KPN yang baharu.

Image may contain: 1 person, text that says 'ACRYLSANI SYABAS DAN TAHNIAH SETINGG -TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA DIG DATO' ACRYL SANI HAJI ABDULLAH SANI DI ATAS PELANTIKAN SEBAGA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA YANG BAHARU IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA PolisDirajaMalaysia pdrmsia PDRMsig PDRMsig'
Syabas dan tahniah kepada DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Image may contain: 2 people, people standing and suit
Menteri KDN, Dato' Seri Hamzah Zainuddin menyerahkan surat lantikan kepada Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: 2 people, people standing and suit
Menteri KDN, Dato' Seri Hamzah Zainuddin menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: 3 people, people standing
Bergambar kenangan.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS