Menu

PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN TUMPU TINGKATKAN PRESTASI PASUKAN

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2020 - Persidangan PJP/KP/Komander dan Komandan yang berlangsung pagi tadi membincangkan pelbagai isu untuk meningkatkan prestasi Pasukan, di samping memperkuhkan nilai integriti dalam diri setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Persidangan pertama dalam tahun 2020 itu dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.

Dengan menghimpunkan kesemua Pesuruhjaya, Ketua Polis Negeri, Komander Pasukan dan Komandan Pusat Latihan Polis, isu-isu lain yang terkait dengan PDRM turut dibincangkan iaitu tentang penularan wabak COVID-19, penyeludupan, pendatang asing tanpa izin, jenayah kekerasan dan kolar putih serta permasalahan dadah dalam negara.

Persidangan tersebut turut menyentuh mengenai isu pendedahan premis perjudian dalam talian di Sungai Buloh, Selangor oleh pengguna media sosial, Encik Mohd Asri Hamid sehingga PDRM menjadi perhatian umum, minggu lalu.

Dalam ucapannya, Tan Sri Abdul Hamid sekali lagi menyeru agar warga Pasukan dapat berganding bahu dalam mencapai matlamat untuk menjaga serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam disamping memastikan PDRM kekal relevan dan disanjung tinggi.

"Saya juga ingin mengajak hadirin sekalian untuk bersama-sama saya memperkukuhkan lagi nilai-nilai murni yang ada dalam diri, sebagaimana tersemat rapinya lencana integriti di dada kita", ujar beliau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan Setiusaha Polis Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf.

Image may contain: 1 person, crowd
Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 5 people, people sitting, table, basketball court and indoor
Sekitar Persidangan PJP/ KP/ Komander dan Komandan Bil. 1/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.

Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Persidangan PJP/ KP/ Komander dan Komandan Bil. 1/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Persidangan PJP/ KP/ Komander dan Komandan Bil. 1/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.

Image may contain: 8 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Persidangan PJP/ KP/ Komander dan Komandan Bil. 1/2020 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS