Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PERMOHONAN LESEN SENJATA API TETAP DIPERKETAT

Kuala Lumpur, 4 Disember 2020 - Hanya individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan saja akan diluluskan pemilikan lesen serta permit senjata api.

Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kelulusan senjata api sama ada pistol atau senapang patah secara beli baru atau pindah milik dipertimbangkan dengan berhati-hati berikutan peralatan itu boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Katanya, KDN dan Polis Diraja Malaysia mempunyai garis panduan yang komprehensif bagi menimbang setiap permohonan lesen atau permit senjata api.

"Bagi permohonan senjata api untuk tujuan membasmi musuh tanaman, pemohon hendaklah memenuhi antaranya melepasi tapisan keselamatan, memiliki tahap kesihatan yang baik, bergantung hidup kepada hasil pertanian dan mempunyai tanah pertanian sendiri.

"Selain itu, pemohon menetap di kawasan berkenaan dan mengalami kerosakan hasil tanaman yang serius", katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS