Menu

HEBAHAN: PENANGGUHAN TARIKH LAPOR DIRI CALON JAWATAN INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA) DI PULAPOL KUALA LUMPUR PADA 23 MEI 2021.


Semua calon jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) yang telah menerima surat dan diarahkan melapor diri di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada 23 Mei 2021 dikehendaki tidak melapor diri pada tarikh berkenaan.

Tarikh baharu lapor diri bagi calon jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) ini akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Semua calon dinasihatkan untuk menjaga keselamatan, kesihatan diri dan tidak terlibat dalam sebarang salah laku dalam tempoh penangguhan ini dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-2266 8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Unit Pengambilan PDRM.


May be an image of text that says 'PENANGGUHAN TARIKH LAPOR DIRI INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA) PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL) KUALA LUMPUR 23 MEI 2021 Layari laman web di: https:/pengambilanpdrm.rmp.gov.my UNIT PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALYSIA'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS