Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS ARAK HAMPIR RM1 JUTA DALAM DUA SERBUAN DI SELANGOR

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak bercukai bernilai hampir RM1 juta, kelmarin.

Komander Briged Tengah PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim berkata, kejayaan itu hasil serbuan di dua rumah berasingan di Taman Universiti Petaling Jaya dan Subang Jaya, Selangor.

"Dalam serbuan antara jam 12.45 tengah hari hingga 4.15 petang, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 28 hingga 58 tahun ditahan.

"Pasukan Cawangan Risik yang melakukan serbuan itu menemui 230 kotak minuman keras pelbagai jenis disyaki tidak bercukai.

"Pasukan turut merampas tiga kenderaan yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyeludupan dan empat telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS