Kota Kinabalu, 16 September 2021 - Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963 antara kenangan tidak dapat dilupakan seorang pesara polis sepanjang 30 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Memulakan perkhidmatan sebagai anggota polis pada tahun 1962, Mohd Daud Kalakhan, 75 berkata, dia berada dalam pasukan Mobile Force Platun 5 sewaktu tragedi itu berlaku.
Menurut Mohd Daud, daerah Tawau telah diisytiharkan tidak selamat ekoran Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) sudah menceroboh masuk.
"Peristiwa tembak-menembak di Sungai Nyamuk, Indonesia pastinya tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila sewaktu konfrontasi itu berlaku.
"Ketua pasukan arahkan kami rampas hot tentera Indonesia yang melalui Pulau Sebatik kerana dalam bot itu ada alat tangkap ikan agar mereka terputus bekalan makanan," jelasnya.
"Saya dan seorang lagi rakan kemudiannya turun ke paya tetapi ditembak bertubi-tubi oleh tentera Indonesia yang bersembunyi." jelasnya.
"Pengorbanan semua anggota keselamatan yang sentiasa berjuang mempertahankan keamanan negara wajib dihargai malahan berilah penghargaan yang sewajarnya," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.