Menu

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM LANS KOPERAL SOKONGAN MOHD NOR AFIZA MOHD

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Lans Koperal Sokongan Mohd Nor Afiza Mohd yang meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu sedang bertugas menjalankan rondaan pematuhan Op COVID-19 di Jalan Kubang Kurus, Chukai, Kemaman, Terengganu malam tadi.

Allahyarham merupakan Pegawai Rendah Polis yang bertugas di Balai Polis Chukai dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 15 tahun.

Didoakan agar roh Allahyarham Lans Koperal Sokongan Mohd Nor Afiza dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS