Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] VIDEO TULAR: DUA LELAKI LAGAK MARSHAL DITAHAN

Port Dickson, 24 November 2021 - Polis menahan dua lelaki terbabit dalam video tular aksi marshal motosikal berkuasa tinggi yang membuat kawalan dan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Sua Betong di sini, pada 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun yang masih bujang itu ditahan di rumah masing-masing di Port Dickson dan Springhill jam 12.30 tengah malam kelmarin serta jam 2.45 pagi semalam.

"Turut dirampas dua motosikal Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan semasa rakaman dibuat.

Kedua-dua lelaki bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang itu ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, polis masih mengesan empat lagi individu yang bertindak sebagai marshal bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ada maklumat atau marshal motosikal berkuasa tinggi itu menyerah diri bagi memudahkan polis meneruskan siasatan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS