Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HARGAI SUMBANGAN PERWIRA

Lipis, 1 Disember 2021 – Bekas “homeguard” tertua di negara ini, Encik Mat Ariffin Mat Deris, 110 tahun, yang kini uzur disantuni oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor dan wakil Ahli Parlimen Lipis, Encik Amir Marwan Abu Kasim di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit dekat sini, semalam.

Dalam kunjungan itu, Superintendan Azli menyampaikan bantuan kerusi roda dan barang keperluan dapur sumbangan Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad.

Encik Mat Ariffin yang bertugas sebagai “homeguard” antara 1948 hingga 1959 di Kampung Banggul Cik Wan, Pasir Mas, Kelantan mengalami keuzuran, tidak mampu berjalan dan penglihatan semakin kabur sejak awal tahun ini.

Menurut Superintendan Azli, Encik Mat Ariffin yang menjadi 'keluarga angkat' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis baru sahaja keluar daripada Hospital Lipis kelmarin setelah menerima rawatan selama dua hari berikutan mengalami muntah darah dan uzur.

"Beliau (Encik Mat Ariffin) antara “homeguard” paling tua di negara ini di samping empat orang rakannya lagi berusia antara 80 hingga 90 tahun yang masih hidup tinggal di Kampung Tanjung Buluh, Lipis dan bekas pejuang keselamatan era komunis ini telah dijadikan keluarga angkat IPD Lipis," katanya di Tanjung Buluh dekat sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran dan pautan Utusan Online seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../bekas-homeguard-tertua.../

May be an image of 5 people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS