Menu

#OPBENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: KERJA 3 TEKONG DARAT BAWA MASUK 13 PATI TERBANTUT


Alor Setar, 24 Disember 2021 - Cubaan tiga tekong darat membawa 13 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang diseludup masuk dari sempadan Malaysia-Thailand untuk bekerja di Kulim terbantut, apabila ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka ditahan jam 6.30 pagi oleh sepasukan anggota Cawangan Khas (Bahagian E6), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di kawasan Napoh, Changlun.

Beliau berkata, kejayaan adalah hasil risikan dan intipan polis di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam selepas mengesan Perodua Alza dan Perodua Aruz yang dinaiki oleh tiga lelaki tempatan terbabit.

Dato’ Kamarul Zaman berkata, hasil pemeriksaan mendapati 13 orang PATI warga Myanmar, terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita, berada dalam kedua-dua kereta terbabit.

"Tekong darat disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala 13 PATI yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS