Subang, 21 Januari 2022 - Seramai lapan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menamatkan kursus penerbangan malam menggunakan peralatan "Night Vision Goggles" (NVG) yang diadakan dari 10 hingga 20 Januari 2022.
Kursus yang dikendalikan oleh dua jurulatih bertauliah dari Syarikat Leonardo yang merupakan pengeluar pesawat helikopter AW139 berpengkalan di Itali itu turut mendapat kerjasama daripada pihak Galaxy Aerospace Malaysia.