Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM SEDIA TAMBAH KEKUATAN ANGGOTA BAGI PRN JOHOR - TIMBALAN KPN

Petaling Jaya, 24 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menambah kekuatan anggota dan pegawai untuk membantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka dilangsungkan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, Bukit Aman sudah melakukan persediaan untuk menambah keanggotaan pegawai dan anggota ke negeri itu sebaik pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diumumkan Sabtu lalu.

"PDRM memang sentiasa bersiap siaga dan sebaik saja kita dimaklumkan dibubarkan sahaja DUN, saya sendiri bercakap dengan Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat mengenai persediaan menghadapi PRN.

"Bukan sahaja daripada persediaan keanggotaan yang mencukupi, dan sekiranya keanggotaan di daerah dan kontinjen tidak cukup, Bukit Aman akan membantu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara di sini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../prn-johor-pdrm-sedia...

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS