Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TALI BARUT PATI

Klang, 1 Februari 2022 - Seorang pemilik bot dan jeti warga tempatan dipercayai menjadi dalang sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang aktif keluar dan masuk Malaysia sejak tiga bulan lalu.

Lelaki berusia 50 tahun itu berjaya mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjadikan jeti nelayan di Sungai Besar, dekat Sabak Bernam, sebagai tempat pendaratan Pati yang di bawa dari Tanjung Balai, Indonesia.

Bersubahat dengan tekong, dia mengenakan harga mahal iaitu RM 1,200 hingga RM3,000 kepada mana-mana individu yang ingin masuk ke negara ini melalui laluan haram.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket berjaya ditumpaskan Bahagian Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman dalam serbuan di Sungai Besar di sini, pada Sabtu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, pihaknya menahan pemilik jeti dan bot itu.

"Individu ini berperanan untuk membawa masuk dan keluar migran melalui jeti miliknya.
"Polis turut menahan tekong warga Indonesia berusia 22 tahun yang menguruskan Pati untuk masuk dan keluar ke negara ini," katanya kepada Harian Metro.

Ikuti kupasan lanjut kejayaan Bahagian Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people, people sitting and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS