Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: FRU SUMBANG 1,300 AL-QURAN, SURAH YASIN DAN SEJADAH

Johor Bahru, 3 Februari 2022 - Hasil inisiatif anggota dan ahli keluarga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Johor, sebanyak 1,300 al-Quran, surah Yasin dan sejadah dikumpulkan untuk diagihkan kepada beberapa buah masjid di Johor yang terjejas banjir, awal bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Sejahtera Perpaduan Anak-anak FRU Johor, Encik Rasdan Raob berkata, program itu merupakan kali pertama diadakan dan diserahkan kepada masjid-masjid yang rosak akibat banjir terutama di daerah Segamat, Muar serta di Temerloh, Pahang.

"Dengan sumbangan ini dapat meringankan beban pihak pengurusan di masjid dan surau yang musnah dengan kitab-kitab agama terutama al-Quran, Yasin dan sejadah yang perlu diganti," katanya.

Menurutnya, persatuan berkenaan yang terdiri daripada anak-anak bekas anggota FRU amat terharu dengan komitmen anggota dan keluarga FRU lain yang mahu bersama-sama memberi sumbangan untuk membeli kelengkapan itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 8 people, people standing and text that says 'YSIA URIN FRU sumbang 1,300 al-Quran, surah Yasin dan sejadah HASIL inisiatif anggota dan ahli Dengansumbanganini Nazri erkata, Pasukan Simpanan dapat meringankan (FRU) Johor, masjid surah musnah dikumpulkan untuk diagihkan Johor awal idea Pegawai Jaafar atas semasa Sejahtera Perpaduan Anak- Rasdan itu banjir. merupakank diadakan dengan komitmen anggota NAZRUL Azuan Nazri (empat dari terutama Segamat, Temerloh,P Pahang. diagihkan kepada bebera membeli kelengkapan itu. Timbalan Deputi Superintenden Azuan Johor JAAFARALI (IPK) UTUSAN/RAJA'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS