Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Tindakan sindiket perjudian yang 'menjual nama' Ketua Polis Negara atau pucuk pimpinan Bukit Aman, berjaya memperdaya pihak berkuasa dan melepaskan mereka daripada sebarang tindakan pihak berkuasa.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata beberapa sindiket perjudian popular dikesan menggunakan taktik itu bagi kelangsungan operasi kedai mesin judi.
Menyifatkannya sebagai taktik kotor, beliau berkata, sindiket perjudian terkenal seperti kumpulan 'WeChat', VIP atau Payung dikesan menggunakan taktik itu, memberi alasan diberi kebenaran oleh pimpinan tertinggi PDRM kepada pihak berwajib, ketika pemeriksaan, serbuan atau rondaan.
"Kalau sindiket ini tak sebarkan khabar angin yang Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sudah beri kebenaran atau ‘lampu hijau’, mereka tak boleh ‘berniaga’ kerana Ketua Balai Polis tidak akan percaya, orang lain tak percaya, jadi mereka (sindiket) tidak boleh buka kedai.
"Kita akan tangkap sesiapa sahaja yang menyampaikan khabar angin atau ‘jual nama’ pimpinan tertinggi PDRM dan berkas semua rangkaian sindiket mereka," katanya kepada Berita Harian.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.