Empat pasukan khas terdiri daripada Very Able Trooper 69 (VAT 69) Polis Diraja Malaysia, Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia dan Gerup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat Malaysia bergabung dalam Latihan Praktikal Menyelamat Tebusan (EKS Gempur Bara) di Pulau Siamil Sabah, semalam.
Latihan yang diadakan bagi mempertingkatkan lagi tahap kesiapsiagaan tugas dan persediaan menghadapi pelbagai ancaman dalam memastikan keselamatan kawasan perairan Pantai Timur Sabah berada dalam keadaan terkawal sepanjang masa.