Johor Bahru, 3 Mac 2022 - Polis Johor telah meluluskan sebanyak 369 permit bagi mengadakan kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.
Jurucakap PRN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 81 permit telah diluluskan kelmarin.
"Sementara itu, dalam tempoh sama juga, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan.
"Semalam (kelmarin) sahaja, sebanyak empat kertas siasatan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya dalam kenyataan semalam.
Tambahnya, mereka juga diminta memastikan kumpulan penyokong tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong ketika sedang berkempen.
"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," ujarnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.