Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BERSELINDUNG DI SEBALIK TOPENG

Berselindung di sebalik perwatakan baik sehingga mampu mempengaruhi mangsa adalah antara helah yang digunakan penjenayah pedofilia di negara ini.

Selain itu, ada dalam kalangan penjenayah ini bukan sahaja menyasarkan kanak-kanak lelaki dan perempuan malah sanggup menjadikan bayi sebagai pemuas nafsu sonsang mereka.

Polis Diraja Malaysia turut mendedahkan penjenayah pedofilia kini semakin aktif mencari mangsa menerusi laman sosial susulan peningkatan carian di internet bahan pornografi kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan punca-punca yang menjadikan seseorang individu itu sebagai seorang pedofilia menerusi temu bual khas bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'BERSELINDUNG DI SEBALIK 'TOPENG' Penjenayah pedofilia pura-pura baik untuk perangkap mangsa EKSKLUSIF Berpura- pura baik seperti ustaz untuk jadikan kanak- kanak mangsa secara seksual Oleh MUHAMMAD 'Topeng' erselindung sebalik percayaan. sebabnya perwatakan esya SHAH sebalik imej baik menjadi penjenayah akes orang tngkah mendapat yang katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS