Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MCDONALD'S MALAYSIA HARGAI WARGA PDRM

Saban tahun sempena sambutan Hari Polis Ke-215, McDonald's Malaysia akan mendedikasikan sepanjang bulan Mac dengan menyantuni pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari balai-balai polis berdekatan menerusi 320 buah restoran McDonald's di seluruh negara.
Perkara tersebut adalah demi menghargai jasa pasukan yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu dan ketika.
Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, polis adalah antara barisan hadapan negara yang memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara pada setiap masa.
Terima kasih McDonald's Malaysia kerana menghargai komitmen dan dedikasi kami dalam usaha menjaga keamanan negara dan masyarakat tercinta.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS