Kuching, 18 April 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hari ini menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak di antara Pemangku Pesuruhjaya, DCP Dato’ Mancha Ata dengan penyandang baharu, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Turut berlangsung dalam majlis sama ialah Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak di antara pemangkunya, Datin Jennita William dengan Datin Nassariah Mohd Nassir sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid.
Seusai majlis, Komander 69 Komando, SAC Dato' Abdul Razak Mohd Yusof mengisi tertib acara dengan menganugerahkan Lencana Sayap Kehormat Payung Terjun 69 Komando kepada Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Gilberd Philip Layang, Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mohd Hairuddin Che Hamid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lukas Aket.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Muhammad Abdul Halim, Ketua-ketua Jabatan dan Formasi Kontinjen Sarawak, Ketua-Ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP dan warga kerja IPK Sarawak.