Kuala Lumpur, 13 Mei 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid bersama Setiausaha Pertama, Duta Republik Yemen, Salah Ali Al Ahmadi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan dan perkembangan situasi semasa komuniti Republik Yemen di Malaysia.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin serta Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) SAC Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin